Tuesday, November 10, 2009

Affidavit Untuk Membatalkan Kes DSAI Posted by admin Saturday, 20 June 2009 00:29 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR


Affidavit Untuk Membatalkan Kes DSAI
Posted by admin
Saturday, 20 June 2009 00:29
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN JENAYAH)

PERMOHONAN JENAYAH NO: TAHUN 2009
Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Rayuan Jenayah No. W-09-30-2009

DAN



Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kes Jenayah MTJ3-45-9-09

DAN



Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap 1-6…

DAN

Dalam Perkara Mengenai Tuduhan bertarikh 7hb Ogos 2008 terhadap Pemohon di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan


DAN

Dalam perkara Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah

DAN

Dalam perkara Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan

DAN

Dalam bidangkuasa sedia ada dan/atau inheren Mahkamah



ANTARA



DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PEMOHON

DAN



PENDAKWA RAYA RESPONDEN


AFIDAVIT SOKONGAN PEMOHON

[Berkenaan permohonan Pemohon untuk membatalkan pendakwaan terhadap Pemohon dan dan tanpa prejudis terhadap rayuan Pemohon ke Mahkamah Rayuan berhubung dengan isu pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan terhadap hak-hak Pemohon untuk memfailkan permohonan-permohonan lain dan lanjutan]



Saya, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (No. KP: 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan Ahli Parlimen dan yang beralamat di No. 11 Jalan Bukit Segambut, Taman Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur, dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. (a) Saya adalah Pemohon yang dinamakan di atas dan tertuduh dalam Kes Tangkap No: 1-62-407-2008 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang mana kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Kes Jenayah No: MTJ3-45-9-09).

(b) Saya juga adalah seorang Ahli Parlimen (Permatang Pauh) dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Saya juga adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kecuali di mana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan/ataupun daripada dokumen-dokumen yang saya mempunyai akses, dan segala apa yang saya nyatakan adalah benar.

2. Saya mengikrarkan Afidavit ini untuk menyokong permohonan saya, inter alia, agar pendakwaan jenayah terhadap saya diketepikan (set aside) dan dibatalkan (quashed).

3. Saya mengikrarkan Afidavit ini tanpa prejudis terhadap rayuan saya ke Mahkamah Rayuan berhubung dengan isu pemindahan kes saya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan juga tanpa prejudis terhadap hak saya untuk memfailkan permohonan-permohonan lain dan lanjutan bagi melindungi hak-hak saya.

Latarbelakang

4. Pada 07.08.2008, saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Kes Tangkap No: 1-62-407-2008) atas satu kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Kes Terkini).

Sesalinan pertuduhan terhadap saya dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-1”.

5. Lebih dari sepuluh tahun yang lalu, pada sekitar tahun 1998 saya telah menjadi mangsa konspirasi politik di mana saya telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 22 Tahun 1970 dan kemudiannya telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

6. Kes Terkini kemudiannya telah ditetapkan untuk sebutan pada 10.09.2008 di Mahkamah Sesyen. Pada tarikh tersebut pihak pendakwaan telah mengemukakan satu sijiil bertarikh 09.09.2008 (Sijil tersebut) yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan tujuan untuk memindahkan Kes Terkini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Sijil tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail).

7. Barisan peguam saya telah membantah terhadap pemindahan kes tersebut dan secara khususnya terhadap Sijil tersebut. Secara intipati, alasan utama bantahan barisan peguam saya adalah terhadap peranan yang dimainkan oleh Gani Patail di dalam menandatangani Sijil tersebut, walhal beliau telahpun dikecualikan dari melibatkan diri di dalam sebarang penyiasatan dan pendakwaan terhadap saya. Alasan-alasan lanjut akan dibentang di dalam affidavit ini.

8. Mahkamah Sesyen kemudiannya telah menetapkan 24.09.2008 untuk mendengar hujahan-hujahan berhubung dengan bantahan yang dibangkitkan oleh barisan peguam saya.

9. Pada 22.09.2008, saya telah mengikrarkan dan memfailkan Affidavit yang memperincikan fakta-fakta dan melampirkan ekshibit-ekshibit yang relevan yang menunjukkan sebab mengapa Gani Patail tidak harus terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan terhadap saya sama sekali di dalam Kes Terkini. Secara ringkasnya alasan-alasan tersebut adalah seperti berikut:-

9.1. Saya telah menegaskan di dalam afidavit yang dikrarkan pada 22.09.2008 berhubung dengan penglibatan dan peranan Peguam Negara di dalam pemalsuan keterangan terhadap saya berhubung dengan satu insiden yang dikenali sebagai insiden mata lebam, yang mana ianya merupakan satu isu yang masih saya teruskan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

9.2. Saya meyakini wujudnya prasangka Gani Patail terhadap saya.

9.3. Atas sebab wujudnya ketegangan dan permusuhan di antara Gani Patail terhadap saya dan terdapatnya dakwaan pemalsuan keterangan oleh Gani Patail, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi (Abdullah) telah membuat pengumuman umum, yang saya percaya Mahkamah boleh mengambil pengiktirafan penghakiman (judicial notice), bahawa Gani Patail tidak akan terlibat sama sekali di dalam penyiasatan dan pendakwaan Kes Terkini.

9.4 Saya juga menegaskan bahawa pihak pendakwaan telah memfailkan Afidavit Jawapan terhadap Afidavit 22.09.2008 tersebut. Afidavit pihak pendakwaan telah diikrarkan oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus bin Harun (Idrus) pada 08.10.2008. Saya menegaskan bahawa di dalam Afidavit Jawapan Idrus tersebut, pihak pendakwaan tidak menafikan penegasan-penegasan saya berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail.

Sesalinan Afidavit saya yang diikrarkan pada 22.09.2008 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-2”.

Sesalinan Afidavit Jawapan Idrus yang diikrarkan pada 08.10.2008 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-3”.

9.5. Saya juga menegaskan bahawa selain dari Afidavit saya yang diikrarkan pada 22.09.2008, saya dan isteri saya, Dato’ Seri Wan Azizah (Wan Azizah) juga telah mengikrarkan Afidavit jawapan terhadap Afidavit Jawapan Idrus bertarikh 29.10.2008 .

Sesalinan kedua-dua Afidavit saya dan Wan Azizah yang diikrarkan pada 29.10.2008 yang tersebut di atas dilampirkan di sini dan ditandakan secara kolektifnya sebagai Eksibit “DSAI-4”.

9.6. Untuk memberi gambaran yang penuh berhubung dengan apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen berhubung dengan isu ini, saya juga melampirkan hujahan-hujahan yang telah difailkan.

Sesalinan Hujahan-hujahan yang tersebut di atas dilampirkan di sini dan ditandakan secara kolektifnya sebagai Ekshibit “DSAI-5”.

10. Pada 07.10.2008, Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Sijil tersebut tidak sah dan tidak memindahkan Kes Terkini ke Mahkamah Tinggi.

11. Pada 05.03.2009, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Permohonan Semakan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan supaya kes terhadap saya dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya juga menegaskan bahawa saya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan (Rayuan Jenayah No. W-09-30-2009) terhadap perintah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi tersebut dan perkara tersebut masih belum dilupuskan.

Permohonan ini

12. Saya menegaskan bahawa permohonan ini dibuat kerana pendakwaan terhadap saya dalam Kes Terkini adalah satu pendakwaan berniat jahat (mala fide) dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. Terdapat beberapa alasan-alasan utama untuk menyokong permohonan ini yang mana akan dikategorikan seperti berikut:-

A. Pertuduhan terhadap saya adalah suatu konspirasi politik;

B. Pencabulan hak-hak saya dibawah perlembagaan;

C. Pendakwaan niat jahat (mala fide) diteruskan walaupun keterangan-keterangan pakar jelas menafikan kejadian liwat; dan

D. Kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di mahkamah syariah.

Alasan-alasan ini akan dihuraikan satu-persatu. Kesemua alasan-alasan ini akan menunjukkan bahawa pendakwaan terhadap saya adalah merupakan satu konspirasi jahat yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya dan untuk menghukumkan serta memenjarakan saya dengan apa cara sekali pun. Muslihat-muslihat ini ternyata bertujuan menghalang saya dari menyempurnakan tanggungjawab saya mendedahkan rasuah dan salah laku pucuk pimpinan UMNO-BN. Sekali lagi, saya berkeyakinan bahawa tujuan konspirasi tersebut adalah untuk menghalang saya dari mencabar dan menjejaskan kedudukan pemimpin UMNO-BN. Ini dilakukan kerana mereka takut dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya. Lantaran itu, pendekatan yang dipilih adalah dengan menyalahgunakan proses Mahkamah dengan mengenukakan pertuduhan dan pendakwaan jahat (mala fide) terhadap saya.

A. Pertuduhan terhadap Pemohon adalah suatu konpirasi politik

13. Saya menegaskan bahawa adalah penting untuk saya menghuraikan apa yang telah berlaku terhadap saya dan beberapa sahabat dan/atau kenalan saya pada sekitar tahun 1998, di mana kami masing-masing telah dituduh di Mahkamah-Mahkamah jenayah atas kesalahan-kesalahan yang tidak kami lakukan. Pendakwaan-pendakwaan terhadap kami adalah jelas berniat jahat (mala fide) dan ianya bertujuan untuk menjatuhkan, mengaibkan dan menganiaya saya.

14. Saya menegaskan bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan yang tertentu. Saya juga menegaskan bahawa terdapat hubungkait (nexus) di antara kes-kes pada tahun 1998 dengan Kes Terkini. Saya juga menegaskan bahawa taktik tipu helah dan pemerdayaan juga telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana yang telah digunakan pada tahun 1998.

Kes-Kes 1998

15. Pada sekitar tahun 1998 saya telah menjadi mangsa politik di mana saya telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 22 Tahun 1970 (Kes Rasuah) dan juga pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Kes Liwat).

16. Saya ingin menegaskan bahawa pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah berniat jahat (mala fide) dan bermaksud untuk mematikan karier politik saya. Sejak awal, apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide telah terdapat percubaan-percubaan dan tindakan-tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti pasukan Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.

17. Selain dari saya, beberapa sahabat dan/atau kenalan saya juga telah menjadi mangsa politik jahat di mana mereka juga telah dipertuduhkan dengan beberapa pertuduhan dengan tujuan untuk menganiaya saya. Antara sahabat-sahabat saya yang telah dianiaya dan dipertuduhkan secara mala fide adalah Dato’ Nallakaruppan (Nalla), Sukma Darmawan Sasmitaat Madja (Sukma), Munawar Ahmad Anees (Munawar) dan Mior Abdul Razak bin Yahya (Mior).

Kes Rasuah

18. Saya menegaskan bahawa di dalam Kes Rasuah saya pada tahun 1998, barisan peguambela saya yang ketika itu telah membangkitkan beberapa isu penting dan mengemukakan keterangan-keterangan untuk pembelaan saya, antaranya, keterangan mengenai tipu helah pihak pendakwaan berhubung dengan keterangan sampel darah dan DNA; keterangan berhubung dengan konspirasi politik; dan keterangan berhubung dengan pemalsuan keterangan.

19. Merujuk keterangan sampel darah dan DNA, saya menegaskan bahawa pihak pendakwaan dengan kerjasama pihak polis telah menggunakan tipu helah dan pemerdayaan untuk mendapatkan sampel darah saya. Semasa di Hospital Kuala Lumpur, saya telah memaklumkan kepada Dr. Halim bin Mansar (Dr. Halim) bahawa saya enggan memberikan sampel darah saya bagi tujuan analisa DNA. Saya tegaskan di sini bahawa keengganan saya untuk memberikan sampel darah bagi tujuan DNA pada ketika itu bukanlah kerana saya takut dan bersalah, tetapi saya mempunyai syak wasangka bahawa akan berlakunya pemalsuan dan perekaan keterangan (fabrication of evidence). Saya kemudiannya hanya bersetuju untuk memberikan sampel darah apabila diberitahu oleh Dr. Halim bahawa ianya hanya untuk ujian HIV, Hepatitis B and VDRL sahaja dan bukan untuk tujuan analisa DNA.

20. Selanjutnya, saya juga menegaskan bahawa semasa perbicaraan Kes Rasuah tersebut, seorang pakar forensik dari hospital yang sama juga, Dr. Zahari bin Noor (Dr. Zahari), telah memberi keterangan bahawa beliau telah menasihati pihak polis agar tidak menggunakan sampel darah tersebut untuk tujuan analisa DNA. Walaupun telah dinasihati sebaliknya oleh Dr. Zahari, pihak polis telah menggunakan sampel darah untuk analisa DNA walaupun keizinan yang saya berikan hanya terhad untuk ujian HIV, Hepatitis B and VDRL. Sampel darah saya telah dicuri/diambil tanpa kebenaran saya dan/atau Dr. Zahari oleh pegawai polis yang bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof (Rodwan).

21. Saya menegaskan di sini bahawa tindakan yang dibuat oleh pihak polis tersebut adalah suatu penipuan yang nyata. Adalah jelas bahawa sampel darah saya telah diperolehi melalui tipu helah dan pemerdayaan.

22. Saya juga menegaskan bahawa pihak pendakwaan di dalam Kes Rasuah tersebut juga telah mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa saya pernah menjalinkan hubungan seksual dengan wanita lain dan telah mengemukakan satu tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan seminal yang mengandungi profil DNA lelaki dan perempuan. Semasa pemeriksaan balas, ahli kimia, Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia, beliau telah diajukan persoalan-persoalan samada kesan-kesan pada tilam boleh diletakkan (planted) oleh pihak ketiga dan beliau mengakui bahawa berkemungkinan kesan-kesan tersebut boleh diletakkan (planted) oleh pihak ketiga. Keterangan Lim Kong Boon bertambah meragukan dan menjadi tidak berasas apabila beliau tidak dapat mengesahkan usia kesan-kesan pada tilam tersebut. Dalam ertikata lain, beliau tidak dapat mengesahkan samada kesan-kesan tersebut adalah melalui aktiviti hubungan seksual ataupun tidak. Lim Kong Boon juga mengakui bahawa keterangan mengenai kononnya terdapat kesan air mani itu bukanlah berasaskan pemeriksaan saintifik tetapi melalui keterangan dengar-kata (hearsay) pihak polis.

23. Keterangan Lim Kong Boon ini akhirnya telah tidak diterima pakai oleh Mahkamah dan telah diarah oleh Mahkamah dikeluarkan dari rekod mahkamah.

24. Secara ringkasnya, apa yang dapat dilihat di sini adalah wujudnya elemen-elemen penipuan dan pemerdayaan untuk menganiaya saya. Sampel darah saya yang digunakan untuk analisa DNA telah diperolehi melalui penipuan, tipu helah dan keterangan forensik juga telah diputar belitkan sehinggakan ahli kimia terpaksa mengakui bahawa wujud kemungkinan bahawa kesan-kesan pada tilam telah diletakkan oleh pihak ketiga.

25. Saya juga menegaskan bahawa selain daripada keterangan sampel darah dan analisa DNA yang saya nyatakan di atas, terdapat keterangan-keterangan lain yang memihak kepada saya yang telah dikemukakan oleh barisan peguam saya yang jelas telah berjaya mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Namun demikian, Mahkamah telah memutuskan bahawa keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan dan membuat keputusan untuk mengeluarkan (expunge) daripada rekod Mahkamah.

26. Tindakan tersebut adalah dengan jelasnya menunjukkan wujudnya percubaan untuk memastikan agar saya disabitkan atas kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan dengan apa cara jua sekali pun.

27. Antara keterangan-keterangan lain yang memihak kepada saya yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah kerana ianya menjejaskan kes pendakwaan adalah:-

27.1 keterangan berhubung dengan konspirasi politik;

27.2 keterangan berhubung dengan kredibiliti saksi pendakwaan, khususnya Ummi Hafilda; dan

27.3 keterangan berhubung dengan pemalsuan keterangan

28. Daripada apa yang saya nyatakan di atas, adalah jelas bahawa memang wujud percubaan untuk menjatuhkan dan menganiaya saya melalui proses pendakwaan undang-undang. Apa yang lebih nyata ialah apabila keterangan yang memihak kepada saya dan berupaya untuk membuktikan kebenaran saya telah dikeluarkan dari rekod Mahkamah. Ini jelas menunjukkan wujudnya konspirasi pada peringkat tertinggi.

Kes Liwat

29. Saya juga menegaskan bahawa konspirasi jahat terhadap saya tidak terhad kepada Kes Rasuah, tetapi juga dalam Kes Liwat,

30. Di dalam Kes Liwat, diperingkat Mahkamah Tinggi, saya telah disabitkan dengan kesalahan yang tidak saya lakukan. Sabitan tersebut diperolehi berdasarkan keterangan Azizan Abu Bakar (Azizan) yang palsu dan penuh dengan percanggahan. Saya menegaskan bahawa Azizan adalah seorang saksi yang sering mengelak dari memberikan keterangan benar (evasive) dan tidak boleh dipercayai. Keterangan palsu Azizan telah diperolehi melalui manipulasi dan tipu-helah oleh pihak polis dan pendakwaan.

31. Saya menegaskan bahawa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Azizan telah memberikan banyak keterangan yang bercanggah khususnya berkenaan dengan butir-butir kejadian liwat yang kononnya dikatakan berlaku. Namun demikian keterangan Azizan tersebut adalah dusta dan pembohongan semata-mata. Ini jelas dilihat apabila pihak pendakwa telah berulang-kali meminda pertuduhan dan tarikh kejadian dalam pertuduhan tersebut semata-mata untuk mendapatkan suatu sabitan palsu terhadap saya. Dalam Kes Liwat, tarikh kejadian dalam pertuduhan awal di Tivoli Villa merupakan tarikh dakwaan yang dinyatakan, walaupun Tivoli Villa belum wujud.

32. Saya menegaskan bahawa akhirnya pembohongan Azizan tidak diterima oleh Mahkamah Persekutuan dan rayuan saya terhadap sabitan dan hukuman Kes Liwat diterima. Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dengan Kes Liwat yang telah mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap saya ada dilapurkan di dalam jurnal undang-undang – [Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Anor Appeal [2004] 3 CLJ 737].

Kes Nalla

33. Saya kini ingin menegaskan mengenai apa yang berlaku semasa Nalla telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati.

34. Di dalam Kes Nalla, saya menegaskan bahawa terdapat percubaan untuk memalsukan keterangan dari pihak pendakwaan iaitu Gani Patail dan juga Dato’ Azahar Mohamed (Azahar) yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang terlibat dalam Kes Nalla dan juga Kes Rasuah.

35. Saya menegaskan bahawa terdapat usaha dari Gani Patail dan Azahar untuk mengadakan keterangan palsu terhadap saya dengan menggunakan Nalla, di mana Gani Patail dan Azahar telah secara jahat melalui kedudukan dan pengaruh mereka meminta Nalla untuk memberi keterangan palsu terhadap saya dengan mengatakan bahawa kononnya saya mempunyai perhubungan dengan beberapa wanita (yang mana adalah tidak benar). Sekiranya Nalla bersetuju untuk bersubahat dengan mereka dan memfitnah saya, maka beliau akan terselamat dengan semata-mata dikenakan dengan pertuduhan yang lebih ringan.

36. Fakta-fakta yang saya tegaskan di atas dapat dilihat dengan jelas di dalam Akuan Bersumpah Peguam Manjeet Singh Dhillon (Manjeet) yang diikrarkan pada 09.11.1998.

Sesalinan Akuan Bersumpah Manjeet yang diikrarkan pada 09.11.1998 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-6”.

37. (a) Saya menegaskan bahawa fakta mengenai taktik kotor dan jahat Gani Patail dan Azahar yang saya nyatakan sebentar tadi adalah merupakan pengetahuan umum dan ianya juga telah dilapurkan di dalam jurnal undang-undang. Saya kini merujuk kepada kes Zainur Zakaria v PP [2001] 3 CLJ, di mana di dalam kes tersebut telah dinyatakan dengan jelasnya peranan dan tindakan yang dimainkan oleh Gani Patail dan Azahar di dalam usaha mereka untuk memastikan agar saya dipertuduhkan dengan tujuan agar saya dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan.

(b) Saya juga menegaskan bahawa di dalam penghakiman Zainur Zakaria v PP [2001] 3 CLJ, Steve Shim CJ di dalam penghakimannya telah mengatakan seperti berikut:

In the circumstances, was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that AGP (Gani Patail)’s conduct at the meeting on 2 October 1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?

Saya menegaskan bahawa rujukan kepada perkataan “he” dan “him” di dalam petikan tersebut merujuk kepada saya.



Kes Sukma

38. Di dalam kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan di mana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan saya dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di dalam kes tersebut, di peringkat Mahkamah Sesyen Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik oleh pihak polis, iaitu En Mohamed Noor bin Dom (Mohamed Noor). Pada peringkat Mahkamah Sesyen oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusian, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun sebenarnya beliau tidak bersalah.

39. Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat dari deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.

40. Sukma kemudiannya telah memfailkan permohonan lanjutan masa untuk menfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya pada 10.12.1998. Di dalam affidavit tersebut, Sukma telah menyatakan, antara lainnya, seperti berikut:-

40.1. Beliau telah dibogelkan di dalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;

40.2. Beliau telah ditelanjangi, di ambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.

40.3. Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan saya.

40.4. Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan saya yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.

40.5. Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.

40.6. Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.

40.7. Beliau telah memaklumkan kepada Karpal Singh bahawa pengakuan bersalah beliau pada 19.09.1998 terhadap peruduhan adalah akibat dari ketakutan dan bukan atas kehendak beliau.

40.8. Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan saya terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.

41. Saya juga menegaskan bahawa selain dari afidavit yang diikrarkan oleh Sukma, terdapat satu lagi afidavit yang diikrarkan oleh Dr. Zahari pada 22.01.1999. Dr. Zahari adalah merupakan doktor yang telah memeriksa Sukma pada 09.09.1998. Di dalam afidavitnya, Dr. Zahari telah menegaskan seperti berikut:-

41.1. Rodwan telah meminta beliau untuk memeriksa Sukma untuk memastikan sekiranya Sukma mempunyai apa jua kesan tanda yang akan menunjukkan kegiatan homoseksual.

41.2. Hasil pemeriksaan perubatan Dr. Zahari ke atas Sukma adalah seperti berikut:-

Pemeriksaan yang saya lakukan di atas pemohon menyebabkan saya memutuskan tiada kecederaan di tubuh badan pemohon, samada baru ataupun lama. Pemeriksaan zakar beliau menunjukkan tiada kesan kecederaan ataupun apa jua abnomaliti fisikal. Pemeriksaan dubur pemohon menunjukkan tiada bukti bahawa apa jua objek tumpul telahpun memasuki dubur pemohon, samada baru-baru ini ataupun sebaliknya.

Sesalinan Afidavit Sukma yang diikrarkan pada 10.12.1998 tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-7”.

Sesalinan Afidavit Dr. Zahari yang diikrarkan pada 22.01.1999 tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-8”.

42. Daripada kedua-dua afidavit Sukma dan Dr. Zahari yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa tidak berlakunya sebarang hubungan homoseksual di antara saya dengan Sukma. Namun demikian pihak-pihak yang tertentu dengan kerjasama pihak pendakwaan telah membuat pendakwaan palsu ke atas Sukma dengan matlamat untuk menganiaya saya sedangkan keterangan yang sedia ada jelas menunjukkan bahawa saya berada di pihak yang benar.

43. Akhirnya, apabila perkara ini dirayu kepada Mahkamah Rayuan, rayuan Sukma dibenarkan dan Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya telah menyatakan wujudnya penyembuyian keterangan yang material (suppression of material evidence) oleh pihak pendakwaan di dalam Kes Sukma dan ini adalah merupakan satu fakta yang tidak disangkal oleh pihak pendakwaan. Di sini saya nyatakan semula petikan yang relevan dari Kes Sukma yang mana telah dilapurkan di dalam jurnal undang-undang [Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697]:


Here we have a case of an improper conduct of a prosecution by the intentional suppression of evidence favourable to the defence. And there can be no clearer case of an injustice where the plea of guilt is alleged to have been induced by illegitimate pressure.
Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes Sukma dibicarakan semula dan kes Sukma dihantar semula ke Mahkamah Sesyen. Apabila kes Sukma dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan semula, pihak pendakwaan telah menarik balik pertuduhan terhadap Sukma.

44. Saya menegaskan di sini bahawa tindakan pihak pendakwaan di dalam kes Sukma, khususnya tidak meneruskan pendakwaan terhadap Sukma, jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang kes terhadap saya mahupun Sukma, sebaliknya mereka menggunakan proses perundangan untuk mencapai matlamat politik untuk menganiaya saya.

Kes Munawar

45. Munawar adalah salah seorang lagi sahabat saya yang juga telah dianiaya bagi tujuan mencemarkan nama dan menjatuhkan saya. Seperti Sukma, beliau juga telah dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, di mana di dalam pertuduhan tersebut pihak pendakwaan secara niat jahat (mala fide) cuba mengaitkan saya dengan perlakuan liwat ke atas Munawar.

46. Di dalam kes Munawar, pihak polis telah menggunakan modus operandi yang sama seperti di dalam kes Sukma iaitu deraan dan seksaan bagi tujuan untuk mendapatkan pengakuan palsu.

47. Munawar telah dituduh di Mahkamah Sesyen pada 19.09.1998, di mana akibat deraan, seksaan dan tekanan (duress) beliau telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan palsu tersebut. Pada ketika itu sepertimana yang dilakukan ke atas Sukma, Munawar juga telah diberikan peguam yang dilantik oleh polis.

48. Beliau kemudiannya telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman pada 29.09.1998. Pada 07.11.1998, Munawar telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah yang memperincikan penderaan psikologi, seksaan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis semata-mata kerana ingin mendapatkan pegakuan palsu.

Sesalinan Akuan Bersumpah Munawar bertarikh 07.11.1998 dilampirkan disini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-9”.

49. Daripada Akuan Bersumpah Munawar, beliau juga telah menegaskan bahawa saya tidak ada hubungan homoseksual ataupun melakukan liwat ke atas beliau. Munawar juga menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan apa jua pengakuan yang diperolehi oleh pihak polis adalah hasil dari penderaan psikologi, seksaan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau. Ini jelas menujukkan bahawa pihak polis dan pihak pendakwaan sanggup melakukan apa sahaja demi tujuan untuk menganiaya saya.

Kes Mior

50. Mior adalah salah seorang sahabat Sukma dan merupakan kenalan kepada isteri saya, Dato’ Seri Wan Azizah. Mior seperti Sukma dan Munawar juga telah ditangkap, didera dan dipaksa untuk memberikan keterangan palsu terhadap saya dengan mengaitkan saya dengan perbuatan liwat. Mior juga telah didakwa di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, di mana di dalam pertuduhan tersebut pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan saya dengan perlakuan liwat ke atas beliau.

51. Namun demikian, pihak pendakwaan akhirnya telah menggugurkan pertuduhan terhadap Mior. Tindakan menggugurkan pertuduhan terhadap Mior jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang kes terhadap Mior dan saya.

52. Saya juga menegaskan bahawa Mior ada mengikrarkan Akuan Bersumpah pada 08.02.1999 menceritakan bagaimana pihak polis telah menggunakan penderaan untuk tujuan mendapatkan pengakuan palsu dari Mior untuk menganiaya saya. Mior di dalam Akuan Bersumpahnya telah menegaskan bahawa saya tidak pernah meliwat beliau.

Sesalinan Akuan Bersumpah Mior bertarikh 08.02.1999 dilampirkan disini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-10”.

Insiden mata lebam

53. Selanjutnya saya menegaskan bahawa usaha pihak pendakwaan, khususnya Gani Patail untuk menganiaya juga dapat dilihat pada insiden 20.09.1998 di mana saya telah dicederakan dan menjadi mangsa kekejaman oleh pihak polis semasa dalam tahanan polis. Insiden tersebut kini dikenali sebagai “insiden mata lebam”. Suatu penyiasatan telahpun dijalankan, tetapi saya dimaklumkan bahawa terdapatnya tipu helah dan pemerdayaan (deception) yang sekali lagi dalam proses penyiasatan tersebut, yang sekali lagi melibatkan Gani Patail.

54. Saya kini menegaskan rentetan peristiwa berhubung dengan insiden mata lebam tersebut berdsarkan pengetahuan saya sendiri dan dari dokumen-dokumen yang berada dalam milikan saya:

54.1. Saya telah ditangkap di rumah saya pada atau lebih kurang jam 9 malam pada 20.09.1998 oleh ACP Koh Hong Sun (ACP Koh) atas dakwaan bahawa saya kononnya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan telah dibawa ke Bukti Aman pada lebih kurang jam 10 malam.

54.2. Pada tarikh yang sama, lebih kurang jam 10.30 malam bertempat di dalam lokap di Bukit Aman, saya telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana saya telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara ‘karate chop’ berkali-kali sehingga saya separa tidak sedarkan diri. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa orang yang telah memukul dan menyerang saya adalah Tan Sri Rahim Noor (Rahim Noor), Ketua Polis Negara pada ketika itu.

54.3 Saya juga menegaskan bahawa Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan (Musa Hasan), Ketua Polis Negara kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor dan beberapa pegawai polis yang lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Saya menegaskan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan mengetahui pada ketika itu bahawa saya telah dipukul dan diserang oleh Rahim Noor.

54.4. Oleh kerana mereka mengetahui bahawa saya telah diserang dan dipukul dan oleh kerana kecederaan fizikal yang saya alami, Gani Patail, Musa Hasan, Rahim Noor dan beberapa pegawai polis yang lain telah membuat keputusan untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar saya tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. ACP Koh telah diarahkan untuk memfailkan satu lapuran palsu penahanan saya di bawah ISA pada 21.09.1998, tetapi sehingga kini belum ada sebarang penyiasatan atas tindakan terhadap laporan tersebut. Perkara ini kemudiannya telah menjadi asas kepada lapuran polis saya yang dibuat pada 20.02.2009 terhadap ACP Koh, Gani Patail dan Musa Hasan kerana telah membuat lapuran polis palsu.

Sesalinan lapuran polis tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-11”.

54.5. Saya menegaskan bahawa selepas saya diserang dan dipukul, saya pengsan dan kemudiannya berada dalam keadaan separa-sedar (semi-conscious), lemah dan “disoriented”. Saya telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24/25.09.1998 barulah saya dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr. Vasantah Ponniah.

54.6. Saya hanya dibenarkan untuk membuat lapuran polis pada 27.09.1998 berhubung dengan insiden serangan dan pukul tersebut.

54.7. Pada tarikh yang sama juga Dato’ Mat Zain Bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Mat Zain”) telah dilantik untuk menjadi pegawai penyiasat berhubung dengan kes seragan dan pukul tersebut. Pada selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr. Halim dan Dr. Zahari untuk memeriksa saya.

54.8. Pada 29.09.1998, saya telah dibawa berjumpa dengan seorang pakar optamologi, Dato’ Dr. Hj. Ahmad Shukri Mohamed (Dr. Shukri).

54.9. Pada 08.10.1998, Mat Zain telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed berhubung dengan hasil siasatan beliau.

54.10. Pada 16.10.1998, Mat Zain telah menyerahkan lapuran pertamanya kepada Gani Patail dan telah member taklimat kepada Gani Patail.

54.11. Pada 26.10.1998, Gani Patail telah memulakan agenda jahatnya terhadap saya berhubung dengan insiden ini. Mat Zain telah dipanggil untuk berjumpa dengan Gani Patail di pejabatnya. Di pejabat Gani Patail, Mat Zain telah diperkenalkan dengan seorang doktor, Dr. Abdul Rahman Yusof (Dr. Rahman). Gani Patail kemudiannya telah memberikan satu lapuran perubatan yang bertarikh 26.10.1998 yang disediakan oleh Dr. Rahman kepada Mat Zain (Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Pertama)). Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya mengenai Dr. Rahman kepada Gani Patail.

54.12. Mat Zain mengesyaki bahawa terdapatnya manipulasi terhadap siasatan yang sedang beliau jalankan kerana Gani Patail mahukan Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Pertama) digunakan bagi tujuan siasatan sedangkan Dr. Rahman tidak pernah memeriksa saya secara fizikal. Mat Zain juga mengetahui bahawa Gani Patail berada di tingkat 30 Bukit Aman semasa insiden mata lebam berlaku dan Gani Patail juga tahu secara terperinci apa yang berlaku.

54.13. Pada 30.10.1998, Mat Zain telah memberi lapurannya yang kedua dan kertas siasatan kepada Gani Patail. Menurut hasil siasatan Mat Zain, Rahim Noor adalah orang yang bertanggungjawab terhadap insiden mata lebam.

54.14. Pada 06.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah (Mohtar), Peguam Negara pada ketika itu, telah membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung dengan insiden mata lebam.

54.15. Pada 20.11.1998, Mohtar telah membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkannya pada 30.10.1998.

54.16. Pada 25.11.1998 Mat Zain telah berjumpa dengan Mohtar dalam kehadiran Gani Patail dan Musa Hasan dan beliau telah dimaklumkan bahawa kertas siasatan masih sedang dikaji. Ini adalah kali pertama dan terakhir Mat Zain berjumpa dengan Mohtar. Selepas pertemuan tersebut, segala urusan telah dikendalikan oleh Gani Patail.

54.17. Pada 13.12.1998, Mat Zain telah dihubungi oleh Musa Hasan dan diminta untuk berjumpa dengan Gani Patail yang mahu Mat Zain mengikut Dr. Rahman ke bilik lokap di mana insiden berlaku. Dengan berat hati, Mat Zain telah membawa Dr. Rahman ke lokap tersebut. Di lokap tersebut, Dr. Rahman telah memeriksa lokap tersebut manakala Mat Zain membuat tugasan beliau di bilik yang lain. Musa Hasan adalah orang yang bertanggungjawab membuat temujanji dengan Bukit Aman. Apa yang menarik di sini adalah Musa Hasan adalah pegawai penyiasat di dalam Kes Rasuah yang saya nyatakan di atas.

54.18. Pada 31.12.1998 kertas siasatan telah dipulangkan kepada Mat Zain yang kemudiannya mendapati bahawa terdapatnya lapuran perubatan kedua yang tidak bertarikh yang disediakan oleh Dr. Rahman (Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Kedua)). Berbeza dengan Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Pertama), Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Kedua) ini merujuk kepada lawatan ke tempat kejadian dan lakun semula kejadian.

54.19. Pada 05.01.1998, Mohtar telah membuat kenyataan media mengatakan bahawa siasatan polis telah gagal untuk menentukan identiti penyerang saya. Kenyataan Mohtar juga menyatakan bahawa Dr. Rahman telah dilantik oleh Peguam Negara untuk menyediakan lapuran perubatan kedua.

54.20. Berikutan dari itu, terdapat bantahan awam (public outcry) terhadap insiden mata lebam dan berdasarkan kepada kenyataan Mohtar, suatu Suruhanraya Di Raja Siasatan (Suruhanjaya Di-Raja) telah diadakan pada 03.02.1999 untuk menyiasat kejadian tersebut ke atas saya dan, antara lain, perkara-perkara yang mencurigakan mengenai penyiasatan insiden mata lebam tersebut.

55. Saya menegaskan bahawa rentetan peristiwa berhubung dengan insiden mata lebam seperti mana yang dihuraikan di atas, dengan jelasnya menunjukkan bahawa:

55.1. Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan lapuran polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung dengan penangkapan saya.

55.2. Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Pertama) dan Lapuran Perubatan Dr. Rahman (Kedua) yang kedua-duanya palsu kerana Dr. Rahman tidak pernah memeriksa saya secara fizikal.

56. Saya juga menegaskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja juga di dalam lapurannya menegaskan:


The reports of these doctors were all available early October 1998. In other words, there was a preponderance of independent evidence by that time that DSA’s injuries were not self-inflicted, as had already been claimed in his police report, that these injuries were the work of a single assailant.

Adalah jelas daripada lapuran tersebut bahawa Gani Patail dan Musa Hasan telah berbohong kerana cuba mengadakan keterangan palsu untuk memberi gambaran palsu bahawa kecederaan yang dialami oleh saya adalah “self-inflicted”.

57. Saya menegaskan bahawa sebahagian daripada rentetan peristiwa yang saya nyatakan di atas (khususnya mengenai siasatan Mat Zain) hanya diketahui oleh saya selepas saya membuat lapuran polis pada 01.07.2008 terhadap Gani Patail, Musa Hasan dan Mat Zain mengenai perekaan dan pemalsuan keterangan berkenaan insiden mata lebam.

Sesalinan laporan polis saya dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-12”.

58. Berikutan dari laporan polis saya itu, Mat Zain telahpun memfailkan suatu tindakan fitnah terhadap saya melalui guaman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur MT1-22-1386-08. Dalam Pernyataan Tuntutannya, Mat Zain telah menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa penyiasatan insiden mata lebam (seperti mana yang nyatakan di perenggan 54 dan sub-perenggan 54.1. hingga 54.20. di atas). Beliau juga menerangkan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail di dalam memanipulasikan penyiasatan tersebut dan mencipta keterangan yang palsu.

Sesalinan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-13”.

59. Daripada Pernyataan Tuntutan Mat Zain, saya mendapat tahu bahawa Gani Patail terlibat dan memainkan peranan di dalam mengarahkan Dr. Rahman untuk mengadakan lapuran-lapuran perubatan palsu berhubung dengan insiden mata lebam. Adalah jelas bahawa tujuan lapuran Dr. Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan yang sedia ada yang dengan jelasnya menunjukkan bahawa saya telah dipukul. Manakala lapuran Dr. Rahman pula bertujuan untuk menunjukkan bahawa kecederaan yang saya alami adalah “self-inflicted”.

60. Baru-baru ini saya telah dimaklumkan bahawa Mat Zain melalui suatu surat (berserta lampiran-lampirannya) kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) bertarikh 05.04.2009 (Surat SPRM) telah menyatakan dengan lebih terperinci mengenai siasatan yang dijalankan dan apa yang berlaku berhubung dengan insiden mata lebam tersebut.

Sesalinan surat Mat Zain bertarikh 15.04.2009 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-14”.

61. Di dalam Surat SPRM, Mat Zain telah menjelaskan apa yang berlaku seperti mana yang saya nyatakan di perenggan 54 dan sub-perenggan 54.1. hingga 54.20. di atas.

62. Berdasarkan kepada apa yang telah saya tegaskan di atas, adalah jelas bahawa memang wujud satu konspirasi yang bukan sahaja bermatlamat untuk menaganiaya saya, malah ada juga konspirasi untuk mencederakan saya dengan serius.

63. Saya menegaskan bahawa berdasarkan apa yang ditegaskan di atas oleh kerana penglibatan Gani Patail di dalam insiden mata lebam tersebut, maka semasa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen, Perdana Menteri yang terdahulu, Tun Abdullah Badawi telah memberi jaminan bahawa Gani Patail tidak akan terlibat di dalam pendakwaan ini. Namun demikian, disebalik jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri terdahulu bahawa Gani Patail tidak akan terlibat, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Gani Patail masih memainkan peranan dibelakang tabir.

Pendedahan di dalam Video Klip VK Lingam


64. Saya juga menegaskan bahawa isu konspirasi terhadap saya juga telah didedahkan melalui video klip VK Lingam. Saya juga menegaskan bahawa susulan daripada pendedahan VK Lingam tersebut, suatu penyiasatan oleh Suruhanjaya Di Raja telah diadakan yang mana telah mengesahkan ketulenan video klip tersebut. Oleh yang demikian, saya menegaskan bahawa konspirasi terhadap saya bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan. Sebaliknya ia adalah benar-benar berlaku sepertimana yang didedahkan di dalam video klip tersebut.

Sesalinan transkrip video klip VK Lingam dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-15”.

Kes Terkini

65. Saya menegaskan bahawa rentetan peristiwa dan fakta yang dikemukan telah membuktikan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan sejak dari 1998 telah terlibat secara langsung di dalam perbuatan dan/atau percubaan untuk memalsukan keterangan-keterangan di dalam pelbagai kes yang melibatkan saya dan juga sahabat/kenalan saya. Kesemuanya bermatlamatkan untuk melindungi penjenayah yang melakukan penderaan terhadap saya serta mengaibkan saya dan juga untuk memastikan saya disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang tidak saya lakukan.

66. Saya menegaskan bahawa individu-individu tersebut, Gani Patail dan Musa Hasan, kini telah diberi ganjaran atas peranan yang mereka mainkan dalam kes-kes 1998 dan mereka kini menjawat jawatan tertinggi masing-masing selaku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

67. Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam Kes Terkini adalah merupakan satu taktik untuk memastikan agar saya akan dipenjarakan di atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka sepertimana yang saya dedahkan di atas. Kedua-dua mereka tahu bahawa saya telahpun memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mereka cipta pertuduhan baru dan mendakwa saya di dalam Kes Terkini di Mahkamah di atas kesalahan yang tidak saya lakukan.

68. Saya juga menegaskan bahawa di dalam Kes Terkini, selain dari Gani Patail, Musa Hasan, Dato’ Seri Najib Razak (Najib), Perdana Menteri kini, juga ada memainkan peranan di dalam konspirasi di dalam Kes Terkini.

69. Sekiranya pada tahun 1998, saya dilihat sebagai ancaman kepada pucuk pimpinan di dalam UMNO, pada tahun 2008 saya masih lagi dilihat sebagai ancaman kepada pucuk pimpinan UMNO, khususnya kepada kerjaya politik Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai aspirasi untuk menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008. Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada-adakan terhadap saya di dalam Kes Terkini adalah suatu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib.

70. Pada masa yang sama juga saya menegaskan bahawa saya juga menjadi ancaman kepada Gani Patail dan Musa Hasan berdasarkan lapuran polis bertarikh 01.07. 2008 terhadap mereka),

71. Di dalam Kes Terkini, pengadu yang telah membuat lapuran palsu terhadap saya adalah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (Saiful). Saya menegaskan bahawa melalui apa yang telah dilapurkan di dalam media-media cetak dan/atau elektronik dan melalui sumber-sumber yang saya percayai, Saiful ada berjumpa dengan Najib sebelum lapuran palsu dibuat terhadap saya. Malah Najib sendiri yang pada mulanya menafikan pernah bertemu dengan Saiful akhirnya mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat lapuran palsu terhadap saya.

72. Saya juga menegaskan bahawa penjelasan Najib mengenai perjumpaan beliau dengan Saiful juga mempunyai percanggahan yang material. Percanggahan yang paling ketara adalah:-

72.1. Najib pada mulanya menafikan bahawa beliau pernah bertemu dengan Saiful.

72.2. Najib kemudiannya menukar ceritanya apabila ada pendedahan bahawa Saiful pernah berjumpa dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas bin Jusoh (Khairil Anas).

72.3. Apabila pendedahan ini dibuat, Najib memberi penjelasan bahawa Saiful bertemu dengan pegawai khas beliau sahaja berhubung dengan isu biasiswa.

72.4 Najib kemudiannya menukar dan menambah kenyataan beliau dengan mengatakan bahawa Saiful juga ada berjumpa dengannya beberapa hari sebelum lapuran polis dibuat berhubung dengan dakwaan bahawa Saiful diliwat.

Sesalinan Lapuran BERNAMA bertarikh 03.07.2008, Lapuran The Star Online bertarikh 04.07.2008 dan Lapuran The Sun bertarikh 17.06.2009 dilampirkan di sini dan ditandakan secara kolektifnya sebagai Eksibit “DSAI-16”.

73. Saya menegaskan bahawa adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada untuk seseorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kesalahan seksual untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri.

74. Saya menegaskan bahawa Najib, selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menerima sebarang aduan, secara formal ataupun tidak, berhubung dengan kesalahan jenayah.

75. Saya juga menegaskan mengapakah Saiful tidak terus membuat lapuran polis sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa serta merta. Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib.

76. Saya juga menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat lapuran palsu oleh Saiful terhadap saya.

77. Saya juga menegaskan bahawa Najib telah memberi nombor telefon Musa Hasan kepada Saiful yang kemudiannya telah mengarahkan Rodwan (iaitu pegawai di bawah Musa Hasan yang merupakan pegawai polis yang sama yang mencuri sampel darah saya bagi tujuan analisa DNA di dalam Kes Rasuah pada tahun 1998) untuk mengendalikan proses membuat lapuran polis sebelum dari tarikh insiden liwat pada 26.06.2008 didakwa berlaku.

78. Selanjutnya saya juga menegaskan bahawa Saiful ada bertemu dengan Rodwan sehari sebelum kejadian liwat pada 26.06.2008 dikatakan berlaku di Bilik 619, Hotel Concorde. Apakah perlunya Saiful berjumpa dengan Rodwan sehari sebelum inisden liwat dikatakan berlaku di bilik hotel? Saiful juga pernah menghubungi Rodwan beberapa kali sebelum tarikh insiden liwat dikatakan berlaku.

79. Saya juga menegaskan bahawa Saiful juga telah lama mempunyai hubungan akrab dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas.

80. Saya menegaskan bahawa rentetan peristiwa yang saya tegaskan di perenggan-perenggan atas jelas menunjukkan bahawa ada konspirasi di dalam Kes Terkini di mana watak-watak utama di dalam kes tahun 1998 juga memainkan peranan mereka di dalam Kes Terkini.

81. Saya menegaskan bahawa cara saya diserbu dan ditahan dalam lokap pada 16.07.2008 membuktikan sikap prasangka dan permusuhan yang ditunjukkan oleh penguasa polis dan pemimpin kerajaan untuk mendera dan mengaibkan saya. Ini adalah kerana saya dan peguam saya berulangkali memberi jaminan untuk memberi kerjasama dalam penyiasatan dengan persediaan untuk menghadirkan diri di balai polis.

82. Selain dari apa yang saya nyatakan di atas, dalang-dalang disebalik konspirasi juga telah menggunakan Masjid sebagai salah satu cara untuk menyebarkan fitnah. Ini berlaku apabila pihak berkuasa telah mengaturkan satu upacara di Masjid Wilayah Persekutuan (Masjid Wilayah) untuk membenarkan Saiful membawa sumpah palsunya pada 15.08.2008.

83. Jika diteliti, upacara tersebut telah dirancang dengan kerjasama dari Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya menegaskan bahawa salah seorang imam Masjid Wilayah tersebut, Ustaz Ramlang bin Porigi (Ustaz Ramlang) telah diarahkan oleh Pengarah JAWI, Dato’ Che Mat bin Che Ali (Che Mat) untuk menyaksikan upacara sumpah palsu tersebut.

84. Saya menegaskan bahawa Ustaz Ramlang ada mengikrarkan satu Akuan Bersumpah bertarikh 06.09.2008 di mana beliau telah menyatakan bagaimana beliau telah terperangkap dengan situasi yang tidak beliau duga. Beliau juga menegaskan bahawa upacara sumpah palsu tersebut diaturkan dengan izin Che Mat selaku Pengarah JAWI.

85. Ustaz Ramlang juga menegaskan bahawa pengakuan sumpah tersebut tidak berlandaskan hukum syarak dan tidak menepati kehendak usul fiqh. Beliau berpendapat sumpah sedemikian adalah sumpah laknat.

Sesalinan Akuan Bersumpah Ustaz Ramlang bertarikh 06.09.2008 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-17”.

86. Saya juga menegaskan bahawa selepas pendedahan Ustaz Ramlang mengenai penyalahgunaan Masjid untuk kegunaan politik dan mengaibkan saya, maka beliau telah ditukarkan ke bahagian kewangan (walaupun beliau adalah seorang tahfiz Al-Quran dan tiada kelayakan yang relevan dengan kewangan) dan beliau kemudiannya dihantar satu surat tunjuk-sebab bertarikh 20.01.2009 atas alasan beliau telah menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan akhirnya beliau disingkirkan dari perkhidmatan pada bulan 21.05.2009.

87. Saya menegaskan bahawa berdasarkan kepada apa yang saya tegaskan di atas, memang telah wujud satu konspirasi di peringkat tertinggi untuk memastikan agar saya diaibkan dengan mendakwa pertuduhan palsu terhadap saya.




B. Pencabulan hak-hak di bawah perlembagaan

88. Saya juga menegaskan bahawa konspirasi terhadap saya berterusan walaupun setelah pertuduhan dikemukan terhadap saya. Selepas pertuduhan dikemukakan kepada saya di Mahkamah, saya telah melalui peguamcara saya telah berkali-kali memohon kepada pihak Responden agar saya dibekalkan dengan dokumen-dokumen bagi tujuan pembelaan saya, antaranya, pernyataan-pernyataan saksi-saksi relevan yang telah dirakamkan oleh pihak polis, segala keterangan dokumentari yang akan digunakan di dalam perbicaraan dan sampel-sampel analisa DNA yang berkaitan dengan pertuduhan tersebut.

89. Selanjutnya saya menegaskan bahawa sebagai seorang yang dituduh secara mala fide, saya menegaskan bahawa saya berhak untuk mengetahui apakah keterangan dokumentari dan sampel-sampel analisa DNA yang akan digunakan oleh Responden terhadap saya.

90. Saya telah melalui peguamcara saya memohon kepada pihak Pendakwaan agar saya ataupun peguamcara saya dibekalkan dengan dokumen-dokumen atau barangan serta sampel berikut:-

90.1. Pita Rakaman CCTV di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara (Kondominium tersebut) berkenaan rakaman dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008 yang dikatakan diambil oleh CCTV di lokasi-lokasi berikut:

(i) di Pondok Pengawal Kondominium tersebut;

(ii) di C.Lif Blok 11 Kondominium tersebut;

(ii) di Psg. Lif Blok 11 Kondominium tersebut; dan

(d) di mana-mana lokasi lain yang dilengkapi CCTV.

90.2. Sampel DNA (yang dikatakan telah diperolehi) khususnya seperti yang di senaraikan di bawah untuk kesemua butiran (A), (B) dan (C) yang tersebut selepas ini:

(i) Swab Asal;

(ii) Sampel/specimen asal;

(iii) “Slides” yang dibuat semasa ujian;

(iv) Gambar-gambar “slides” tersebut;

(v) “Electro Pherogram” untuk setiap sampel.

(A) Diambil melalui ujian swab (yang dikatakan) ke atas Saiful yang bertanda:

1. “B” : swab from left peri tonsiler recess;

2. “B1” : swab from below tongue;

3. “B2” : swab from left nipple dan alreiler;

4. “B3” : swab from right nipple dan alreiler;

5. “B4” : body swab;

6. “B5” : swab from perianal region;

7. “B6” : swab from oneatus & coronal sulcus;

8. “B7” : high rectal swab;

9. “B8” : high rectal swab;

10. “B9” : low rectal swab;

11. “B10” : bloodstained specimen;

12. “B11”: specimen;

13. “B12”: blood for alcohol – toxicology.

(B) Diambil (yang dikatakan) dari Unit 11-5-1 dan 11-5-2 Kondominium tersebut, dan daripada Saiful yang bertanda seperti berikut:

(a) “A”: satu helai bulu yang diambil daripada atas lantai di belakang pintu bilik nombor 1 Unit 11-5-1, Kondominium tersebut;

(b) “A1”: satu “Chinese silk carpet” yang diambil daripada belakang kerusi dalam bilik TV di dalam Unit 11-5-2, Kondominium tersebut;

(c) “A2”: satu “duvet & blue cover” jenama Pasaya Home Fashion yang diambil daripada atas kerusi di bilik TV di dalam Unit 11-5-2, Kondominium tersebut;

(d) “A3”: satu helai seluar panjang warna hitam/biru tiada jenama diambil daripada Saiful;

(e) “A4”: satu helai baju kemeja lengan panjang jenama “Ralph Lauren” warna biru muda yang diambil daripada Saiful;

(f) “A5”: satu helai seluar dalam jenama “Levi’s” warna hitam/biru yang diambil daripada Saiful;

(g) “A6”: satu helai seluar dalam jenama “Levi’s” warna kelabu/hitam yang diambil daripada Saiful; dan

(h) “A7”: satu helai kemeja lengan panjang warna hijau jenama G2000 yang diambil daripada Saiful.

(C) Perkara-perkara (yang dikatakan) yang bertanda berikut:-

(a) “D” : sehelai bulu di atas lantai;

(b) “D1”: sebatang berus gigi warna putih di atas lantai;

(c) “D2”: sehelai tuala warna putih jenama “Good Morning” di atas lantai; dan

(d) “D3”: satu botol air minuman jenama “Cactus” 500ml di atas tembok tandas.

90.3. Nota-nota oleh ahli-ahli kimia berkenaan pemeriksaan/penganalisaan yang dikatakan perkara-perkara yang telah diberikan untuk pemeriksaan/penganalisaan di perenggan 1.2 di atas.

90.4. Kenyataan-kenyataan Saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah bagi yang nama-nama yang tersenarai di bawah ini:-

(a) Saiful;

(b) Haji Hassanuddin Abdul Hamid;

(c) Nursham (isteri kepada Haji Hassanuddin Abdul Hamid);

(d) Muhamad Rahimi Bin Osman;

(e) Mohd Rasid Mohd Rosdi;

(f) Dr. Osman Abdul Hamid;

(g) Mana-mana saksi selain dari yang telah tersenarai di atas yang telah memberi keterangan di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

90.5. Senarai Saksi yang akan dikemukakan oleh Responden dalam perbicaraan di sini.

90.6. Salinan semua dokumen-dokumen dan/atau barangan harta dan/atau butir-butir yang akan dikemukakan sebagai keterangan oleh Responden di bawah Seksyen 51A(1)(b) Kanun Prosedur Jenayah.

90.7. Kenyataan Fakta-fakta Menyebelahi Pemohon di bawah Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah.

90.8. Nota-nota oleh semua doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang dikatakan telah merawati dan memeriksa Mohd Saiful Bukhari bin Azlan termasuk pada 28 Jun 2008.

90.9. Gambar-gambar, nota-nota doktor dan laporan hasil dari pemeriksaan “Proctoscopy” atau pemeriksaan-pemeriksaan lain yang dikatakan ke atas Saiful di Hospital Kuala Lumpur termasuk pada 28 Jun 2008.

90.10. Rakaman Video Percakapan Saiful pada 30.06. 2008.

90.11. Laporan dari Hospital Pusrawi dan nota-nota doktor berkenaan pemeriksaan Saiful.
90.12. Semua dokumen-dokumen dan/atau barangan harta dan/atau butir-butir yang tidak akan dipergunakan oleh Responden dalam perbicaraan di sini.

91. Namun demikian, sehingga kini, pihak pendakwaan gagal, enggan untuk membekalkan kesemua perkara-perkara yang saya pohon. Saya menegaskan bahawa keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan untuk membekalkan kesemua dokumen-dokumen, barangan-barangan serta sampel-sampel yang saya pohon adalah bercanggah dengan piagam dan polisi pihak pendakwaan.

92. Setelah pemohonan untuk barangan serta sampel-sampel dibuat oleh peguam saya dan tarikh pendengaran telah ditetapkan oleh Mahkamah pada 22.06.2009 barulah pihak pendakwaan telah mengarah pegawai penyiasat menyerahkan sebahagian kecil daripada permohonan tersebut.

93. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, saya telah dijamin hak untuk dibicarakan secara adil dan saksama (right to a fair trial). Salah satu cabang hak untuk perbicaraan adil dan saksama adalah “right to disclosure”. Hak ini adalah penting untuk membolehkan saya dan peguam-peguam saya membuat pembelaan yang efektif.

94. Memandangkan, pihak pendakwaan menganggap kes ini adalah kes penting dan melibatkan kepentingan awam, maka seharusnya saya juga patut diberikan peluang untuk membela diri sebaik mungkin secar efektif dan sempurna.

95. Melalui dokumen-dokumen yang saya perolehi setakat ini, jelas menunjukkan bahawa pihak Responden akan menggunakan keterangan saintifik seperti analisa DNA dan kimia.

96. Untuk membolehkan saya membuat pembelaan yang sempurna dan efektif, adalah penting agar proses dan prosedur bagaimana sampel-sampel DNA yang digunakan untuk analisa diperolehi oleh pihak polis. Ini adalah kerana saya tidak pernah memeberi keizinan untuk sebarang sampel diambil dari tubuh saya bagi tujuan perbandingan.

97. Saya menegaskan di sini dan mengulangi sekali lagi, berdasarkan keterangan dan fakta pihak polis dan pendakwaan telah mendapatkan keterangan-keterangan secara palsu dan telah merekacipta dan memalsukan keterangan terhadap saya di dalam kes-kes 1998. Sejak dari tahun 1998, sudah wujudnya perbuatan-perbuatan untuk memalsukan keterangan, khususnya keterangan yang melibatkan analisa DNA, dengan tujuan untuk menganiaya saya. Oleh itu, kegagalan pihak pendakwaan di dalam membekalkan kesemua dokumen-dokumen dan juga barangan dan sampel yang dipohon jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan cuba menyembunyikan sesuatu. Tambahan pula, hampir kesemua watak-watak yang terlibat di dalam pendakwaan kes ini juga adalah watak-watak yang telah memainkan peranan merka di dalam perbicaraan 1998. Oleh yang demikian, saya meragui ketelusan dan integriti pasukan polis dan pendakwaan di dalam siasatan dan pendakwaan mereka.

98. Saya menegaskan terdapat kemusykilan dari manakah atau dari siapakah sampel-sampel perbandingan diambil. Saya telah dinasihati oleh barisan peguam saya bahawa sebarang keterangan yang diambil melalui cara yang tidak sah seperti penipuan, perdayaan dan paksaan tidak boleh digunakan di dalam Mahkamah.

99. Saya menegaskan bahawa keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memberikan kesemua dokumen-dokumen dan item-item yang dipohon adalah suatu helah yang sengaja dan bertujuan untuk memprejudiskan pembelaan saya. Saya menegaskan bahawa jelas wujudnya muslihat dan niat jahat di pihak pendakwaan.

C. Pendakwaan niat jahat (mala fide) diteruskan walaupun keterangan-keterangan pakar jelas menafikan kejadian liwat

100. Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya bahawa terdapat keterangan yang dengan jelasnya membuktikan bahawa saya tidak melakukan perbuatan seperti yang didakwa di dalam Kes Terkini, iaitu, lapuran perubatan Saiful dari Hospital Pusrawi (lapuran Pusrawi). Saya menegaskan bahawa lapuran Pusrawi tersebut dengan jelasnya membuktikan bahawa tidak ada sebarang kemasukan atau penetrasi berlaku pada lubang dubur Saiful. Lapuran Pusrawi ini jelas membuktikan bahawa dakwaan Saiful adalah palsu dan saya tidak bersalah Namun demikian, lapuran Pusrawi tersebut tidak dibekalkan kepada saya ataupun peguamcara saya.

101. Saya menegaskan bahawa lapuran Pusrawi tersebut seharusnya dibekalkan kepada saya atau peguam saya lebih awal dan bukan hanya selepas pemohonan untuk dokumen dibuat.

102. Saya juga menegaskan bahawa selain dari lapuran Pusrawi, terdapat Lapuran Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13.07.2008 (Lapuran HKL) oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) juga mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kemasukan atau penetrasi pada lubang dubur Saiful. Lapuran tersebut mengatakan seperti yang berikut:

“no conclusive clinical findings suggestive of penetration to the anus and no significant defensive wound on the body of the patient”.

103. Lapuran HKL ini jelas menyokong dapatan lapuran Pusrawi tersebut yang menolak adanya sebarang kemungkinan ada berlakunya penderaan dan kejadian liwat.

Sesalinan lapuran Pusrawi dan Lapuran HKL yang tersebut di atas dilampirkan disini dan ditandakan secara kolektifnya sebagai Ekshibit “DSAI-18”.

104. Selain dari itu, sehingga kini, pihak pendakwaan juga telah enggan dan gagal untuk memberikan pernyataan yang memihak kepada saya seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah.

105. Saya menegaskan bahawa keengganan pendakwaan untuk membekalkan keterangan-keterangan yang memihak kepada saya adalah tindakan “suppresion of evidence”. Taktik ini telah digunakan oleh pihak pendakwaan pada 1998, khususnya di dalam Kes Sukma. Jelas bahawa pihak pendakwaan sekali lagi ingin menggunakan taktik yang sama terhadap saya.

106. Saya sesungguhnya percaya bahawa adalah menjadi tugas dan kewajipan seseorang pegawai pendakwaan untuk membentangkan semua fakta-fakta dengan jelas dan adil di hadapan Mahkamah dan bukannya menghalang atau menyembunyikan sebarang keterangan dari Mahkamah mahupun dari pihak pembelaan.

D. Kes Syariah

107. Saya juga menegaskan bahawa memandangkan Kes Terkini adalah satu komplot jahat saya telah membuat lapuran Qazaf kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 09.07.2008 terhadap Saiful berhubung dengan fitanh dan dakwaan palsu beliau bahawa beliau telah diliwat oleh saya selaras di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Sesalinan lapuran Qazaf saya bertarikh 09.07.2008 dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-19”.

108. Berikutan dari lapuran Qazaf tersebut, saya telah pada 30.07.2008 memberi keterangan kepada pihak JAWI. Saya memaklumkan kepada pihak JAWI bahawa Saiful telah memfitnah saya dengan membuat tuduhan palsu dan telah mengaibkan saya.

109. Saya juga menegaskan bahwa pihak penguatkuasaan JAWI juga telah merakam pernyataan-pernyataan dari saksi-saksi yang relevan. Saya menegaskan bahawa berdasarkan daripada lapuran Qazaf saya berserta dengan pandangan ulama’ dan juga pernyataan-pernyataan saksi-saksi yang telah dirakam sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa Saiful telah melakukan kesalahan Qazaf

110. Saya juga menegaskan bahawa saya, melalui peguam syarie saya, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi, telah berkali-kali menghantar surat kepada pihak penguatkuasaan JAWI untuk meminta agar Saiful didakwa atas tuduhan palsunya. Kali terakhir peguam syarie saya mengutus surat kepada penguatkuasaan JAWI adalah melalui surat bertarikh 03.06.2009.

Sesalinan surat bertarikh 03.06.2009 yang tersebut di atas dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “DSAI-20”.

111. Sesungguhnya, saya meyakini bahawa kelewatan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan kemurnian prinsip Islam yang mengutamakan keadilan. Saya khuatir kelengahan ini akan hanya memperkukuh persepsi rakyat atas wujudnya campurtangan politik dalam urusan Mahkmah Syariah. Saya musykil tindakan melengahkan akan menjejaskan usaha saya membersihkan nama baik dan memperolehi keadilan. Adalah juga dipercayai bahawa kelewatan ini disengajakan untuk melindungi Saiful yang menjadi saksi utama dalam konspirasi. Sememangnya terdapat perbezaan ketara di antara pihak polis dan pendakwaan dalam mengendali aduan Saiful secara segera dengan liputan media yang penuh dan cara pihak polis dan pihak pendakwa dalam mengendali kes terhadap saya.

Perintah yang dipohon

112. Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan berdasarkan kepada nasihatnya saya menegaskan bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk memastikan bahawa penyalahgunaan proses Mahkamah ini tidak berlaku dan boleh membatalkan pendakwaan Kes Terkini.

113. Saya juga telah dinasihati oleh peguamcara saya dan berdasarkan kepada nasihatnya saya menegaskan bahawa terdapat nas undang-undang yang jelas dan nyata yang membolehkan Mahkamah untuk membatalkan pendakwaan sekiranya pendakwaan tersebut bersifat mala fide dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah.

114. Berdasarkan kepada apa yang telah saya bentangkan dan huraikan di atas, jelas terbukti bahawa pendakwaan terhadap saya dalam Kes Terkini adalah merupakan pendakwaan mala fide dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi (malicious prosecution and abuse of the court process of the highest order).

115. Oleh yang demikian, demi keadilan, saya dengan rendah diri memohon perintah seperti dipohon.

Diikrarkan oleh DATO’ SERI )

ANWAR BIN IBRAHIM )

di )

pada )

(Terjemahan tidak diperlukan) ) Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini diikrarkan pada dan difailkan pada oleh Tetuan S.N. Nair & Partners, peguamcara bagi pihak Pemohon yang mempunyai alamat untuk penyampaian di J-05-01, No. 2 Jalan Solaris, Solaris Mon’t Kiara, 50480 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-6203 6593) (No. Faks: 03-6203 6594) (No. Ruj: SNN/DSAI/08/CRIM)


saya kira DSAI tidak akan dipenjara semula, sebabnya ramai pemimpin2 luar negara yg boleh beri suaka politik jika DSAI ke sana.Lagipun, PM skrg pun ada 'bom jangka' utk nya juga, Kes Altantuya tidak habis lagi bagi negara2 luar mengadilinya.

Kes DSAI ini, sahabat baik beliau pun Dr.Yusof Qardhawi tidak mempercayainya memandangkan tuduhan tidak berlandaskan hukum Syariah.

Dasar penghakiman negara M'sia, banyak menggunakan pengaruh kuasa eksekutif (pemimpin2 tertinggi krjn), sedangkan institusi kehakiman itu sendiri sebenarnya ialah yg teratas sekali iaitu 'Kuasa Legislatif'.

Di negara2 lain, cth nya baru2 ini bekas2 PM mereka boleh didakwa & didapati bersalah & dipenjara w/pun usia mereka sudah tua.

Cthnya Alberto Fujimori dari Peru, Thakshin dari Thailand, ex-PM Jepun, PM Zimbabwe, Robert Mugabe, ex-PM Taiwan, dll . renungkan2...





Saturday, October 3, 2009

KOMPAK EDISI 56 DAN 57

SILA DAPATKAN MAJALAH K-KOMPAK EDISI 56 DAN 57 DI PASARAN SEKARANG! MAJALAH KERETA2 KOMPAK DIKEMASKINI,DAN GAMBAR2 TERBARU MODOFIKASI KERETA2 JENIS KOMPAK INI LEBIH RARE DAN TERAMPIL! TERDAPAT JUGA MAKLUMAT2 PENJUALAN PARTS DAN ACCESSORIES JEPUN












DAPATKAN DIPASARAN DENGAN REGE RM 6...

Friday, October 2, 2009

VIRUS-VIRUS cinta

PLEASE INFORM EVERYONE

Emails with pictures of Osama Bin-Laden hanged are being sent and the moment that you open these emails your computer will crash and you will not be able to fix it!

If you get an email along the lines of
'Osama Bin Laden Captured' or'Osama Hanged', don't open the attachment.

This e-mail is being distributed through countries around the globe, but mainly in the US and Israel

Be considerate & send this warning to whomever you know.

PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS:



You should be alert during the next days:
 
Do not open
any message with anattached file called 'Invitation'regardless of who sent it.

It is a virus that  opens an Olympic Torch which 'burns' the whole hard disc C of your computer.




This  virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list,  that is why you should send this e-mail to all your contacts.  



It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it
If you receive a mail called 'invitation' , though sent by a friend,
do not open it and shut down your computer immediately...



This is  the worst virus announced by CNN, it has been classified byMicrosoft as the most destructive virus ever.



This virus was  discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus.

This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept


                                                                                             -umar aziz

perodua MPV baru -leaked out photos

salam....gmbr yg bakal kamu saksikan ialah beberapa gmbar perodua mpv yg akn datang


sudut dalam perodua mpv baru..agak sporty dan menarik bukan?









 

nmpk seperti myvi.....



spotlight ketam tambah garang



urm...aik cam honda integra pun ada? 

pandangan belakang



sisi tepi






kesimpulannya...kete ni smart...kompak...sbab tu sizenye mgkin dlihat agak kcik dr MPV2 lain. apepun..bgantunglah pada selera msing2. kite tggu lak brape harganya nnti.


Thursday, October 1, 2009

alhamdulillah...

1/10/2009...brsamaan semalam....aku ke opis kajang..kali ni tiada sebarang kemalangan lg...syukur.huhu. dan pulang smula ke segamat malamnye...dgn record peribadi sejam 30 minit. haha
ok gak klu clutch plate diupgrade kpd 1000cc. boleh tarik pjg2.
cume klu bleh...enjin tu tkar kpd 1000cc jgak...lg cun lg ringan...sdar2 da dlm parit.hahaha

Sunday, September 27, 2009

k o p a k - k o p a k r a y a k a l i i n i....

kopak2....ape yg kopak ye? ape lg klu bkan wit aku...malang nsibku menimpa bgai sdah jatuh dtimpa tgga. aku mule sdar nsib malang ni bmula dr hari aku ke lowyart untk mmbeli subwoofer utk laptop aku dlm dua mggu lepas...time pose..apebile kete aku kne kopek kt parking lot kat plaza tuh. camera kne kebas n nsib bek takde brg bharge len lg dlm kete aku tggl....padahal aku dah seal camera tu bawah seat..ciss!! bedebah pnye pncuri..... bulan bek...msih ade lg mnusia yg nk melakukn keje tkutuk nh!! duhh!! time tu aku pk blik dahla nk raye nk gune camera nnti time raye cmane...sdey2....amat2 mnedeykan! mmg aku haramkan org tu! nnti aku bce yasin 40 kali tau la ko.biar panas badan ko xpat tdo

malang kedua....
sejerus slpas kejadian tu ...aku diuji pula dgn ujian2 yg lg hebat  yg mkin mengopak dan menyengkek kan diri aku yg sedia sengkek ini..huhu. kamis lepas aku ke kl skali lg ntuk mmbntu abah membeli dokumen tender di putrajaya dan jkr kl. sebelum bgerak...aku tpakse menukar starter kete aku yg menelan blanja rm180...dan servis2 len dalam rm100...maklumlah nk jalan jauh n trus pulang ke kampung selepas settle keje itu dalam perancangan aku. lagipun kete aku susah nk start...dah tukar bateri baru mgu sblm tu dan satu set alternator...tapi susah gak nk start....last skali tpakse aku tkar starter seketul. pas tukar tu...ok je....tp ble aku da tbe jkr kl...selesai bli dokumen tender...kete tu wat hal lg...xleh start lg n memakse puling (housemate aku) menolak kete tu smpai idup.haha. tp ketika kete dtolak itu...aku dpt merasakan sesuatu lg yg xsdap kt ati apebile pedal clutch yg aku tekan mcm xmau menendang smula...dlm ati aku ni msti kes nk kne tukar cable clucth pulak pasni!! "macam2 hal kete nh...dahla nk raya....abis kopak lg wit aku pasnh..." ksian puling kne tolak kete aku time2 pose. ble kete da dpt start...aku trus menuju ke batu caves ntuk sggah kat sne byk kdai spare part kete...cam bese la...strategi org nk jual brg...ni rosak tu rosak...nk kne tkar ini dan itu. last2 aku simpulkan sndri yg starter sketul yg aku bli tu re-cond (brg second yg dibaikpulih ntuk dijual smula mcm brg baru). sbabnye apebila kete takbleh start besenye berpunca dr bateri kong,alternator n starter. salah stu. tp ketiga2 aku da tkar...bmkne salah stunye mstila brg re-cond atau yg xbaik. confirm starter yg recond sbab aku da cube byk bateri baru dan msih tak bleh start...alternator pula ok dan bfungsi dgn bek sbabnye ialah senang saje...apebila enjin sedang idup...cabut satu kepala bateri dan jika enjin masih idup bmkna altonator xde prob...dan sebaliknye jika alternator sudah rosak atau tak mmpunyai caj yg ckup.

sejurus selepas itu..aku trus ke klang ntuk menghantar puling ke kmpungnya...bhenti di gombak ntuk berbuka pose.

malang ketiga
selepas aku mghantar puling ke rumahnya aku trus nk blik jb...tp tak sampai beberapa km dr rumah puling cable clutch btol2 putus kali ni.aku dah agak dah.!!! btol2 kt trafficlite dpn simpng masuk ke meru.kali ni awek aku dan aku sndri kne menolak kete ke bahu jalan.huhu.dgn penat+letih+xsbr nk blik kmpung kete aku msih wat hal lg. dalam jam 10.30 ktika itu susah ntuk cari bengkel yg masih buka lg.tpaksa menelefon rakan2 yg ade. ade yg tpakse pg ke uo damansara krn di sana sje tdapat bengkel yg buka sampai jam 11 malam. tapi puling dtg dlu dgn mmbawa seorang pomen. disitu belanja mnukar cable clutch mjadi rm180...aku tkejut knape mahal sgt sdangkan sblum ini aku mnukar cable clutch blanja cuma RM50-70 sje. mcm biasa pomen cina tu ckp..."caj malam maa...sikalang sudah pukul brapa...lagipun mana ada kelai buka lagi kalau lu mau cari barang sendriri ". tawar menawar tak dpt...last2 aku tpakse kuar gak rm180....nk wat cmane...lgpun klu aku tggl kete tu tepi jalan kompem kne pecah lg+kedai sparepart x bkak lg memalam. selesai semua..aku hantar awek aku blik umah dia dan aku trus menuju ke johor melalui highway utara selatan...aku behenti di r&r seramban krn tlalu letih dan nagntuk....tdo skejap kt sne-ketika tu dah pukul 2 pagi.

malang keempat
dalam niat aku nk tdo skejap sblum truskan lg pjalanan rupenye aku tertido smpai pukul 7 pagi...aku kuar dr kete trus ke surau untuk subuh dan lepas itu aku tumpang caj hp aku di surau itu juga sampai pukul 8.30 pagi. pukul 9 pagi aku kembali ke kreta dan disana aku brjumpa dgn mmbe lame aku amer dan maen yg mereka pun mahu pulang ke jb...rupenye mereka sdah lame menunggu aku dkat dgn kete aku.cantek...boleh balik jb saing....dalam ati aku....huhu. tapi skali lg aku diduga kali ini dgn cable clutch aku ptus lg!!! ..............mknenye 180 yg aku spend mlm td ntuk tkar cble clucth lebur camtu je! kali ni aku tak pduli...duit da tggl ckit..aku bkak bonet kete...aku btolkan sndri....aku cube smbung smule cable yg sdah tertaggl dgn harapan aku boleh smpai ke segamat ke kedai yg jual starter re-cond kpd aku tu untuk dtkar ke starter yg baru..aku nk yg baru bukan re-cond! celaka tol. sejam aku menggodeh2 cable clutch tu....alhamdulillah aku dpt fix gak menatang tu. aku konvoi bwk kete slow2 bsame mmbe2 aku smpai ke segamat dan trus ke kdai tu....sepanjang pjalanan tu aku dah menyumpah2 pomen cina yg pasang cable clutch aku mlm smalam,dahla tekan aku smpai 180! pasangpun tak btol! bagi lak cable clutch yg xbgus! . sampai di segamat,starter baru pun tlah dtkar...dan aku tpakse manukar skali lg cable clutch aku yg aku smbung sndri td..sbab rsau cable tu dah haus n nipis.kuar lg rm50....tp puas ati dpt part yg original.
aku pulang ke jb dgn selamat....alhamdulillah....gembira dan seronok sgt dapat jumpa mak abah dan adik beradik yg len....ilang jgak tekanan yg aku hadap sblum tu. tgk muke mak...muka abah...akak,n adik,abg ipar. serta gembira bpeluang bg hadiah kpd mereka. perfume untk mak,hp untuk alya(adik bongsu) dan kasut untuk kak umu n abg ikram. gembira suasana kt umah..pasang kanopi dgn abah...masak rendang ayam utan n buat ketupat. huh! setahun skali je dpt rase suasana camni.dapat makan laksa johor tu yg paling penting! hehe. tekanan krn keilangan duit yg bykpun ilang seketika.

malang kelima
 
sepanjang aku di rumah..aku tak gunakn kete aku sbab aku melenjan kete adik aku ke sne ke mari.huhu. dan sbab itulah aku tak dpt mnjangkakan ape lg yg bakal menimpa  kete aku dan apelg yg mampu mengopak duit ku ini..ha..ha..ha...
nk dipendekkan crita... 23hb(rabu) aku tpaksa ke kl lg sbab ingin membeli dokumen tender lg di jkr....kali ni smew keje bjalan lancar....shinggalah aku smpai ke rumah sewa di segamat..dimana kali ini clutch plate pula bmasalah....dan semalam aku tpaksa menukarkannye kpd yg baru dgn menelan lg duit aku rm450....lg....
dan skarang aku tsadai kt umah sewa aku ni...smbil mgira2 perbelanjaan aku untk kete tu je dr jumat lepas shingga ke ari ni dah mencecah rm2100.....bru sminggu...rm2100....untuk kete tu je #aku tersengih sorang2 je nih...tbe2 gelak2...tbe2 cam nk nangis je ni.....
hahahaha.......sob......hahahaaha......kuikuikui......sob.........sob...................
mgkin ade btolnye ckp mak aku bli kete baru je....
tp kete tu tlalu byk jasa n kenangan sebelum ni..
xpe....